UPBMG: Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023

Bagi guru yang telah mengambil Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru (UPBMG) 2023, semakan keputusan boleh dibuat mulai 22 November 2023.

Apakah yang dimaksudkan dengan UPBMG?

UPBMG merupakan ujian untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Melayu untuk semua guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di semua sekolah di bawah KPM.

Calon ujian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajarkan Bahasa Melayu sama ada yang opsyen Bahasa Melayu dan bukan opsyen bahasa Melayu.

Namun, sasaran utama bagi tahun 2022 hingga 2025 ialah calon guru terdiri daripada guru bukan opsyen Bahasa Melayu yang sedang mengajarkan Bahasa Melayu disekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah KPM.

Objektif ujian ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Bagi mengenal pasti tahap kecekapan berbahasa dalam kalangan guru Bahasa Melayu opsyen dan bukan opsyen.
  • Untuk meningkatkan profesionalisme guru Bahasa Melayu melalui kursus kecekapan berbahasa secara berfokus.

Kumpulan Sasar UPBMG

Terdapat beberapa kumpulan sasar bagi pelaksanaan ujian ini iaitu:

  • Guru opsyen dan bukan opsyen Tingkatan 6
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah atas
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah menengah rendah
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah kebangsaan
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Cina
  • Guru opsyen dan bukan opsyen sekolah jenis kebangsaan Tamil

Format UPBMG

Guru akan diuji di dalam ujian ini berdasarkan format dan kaedah iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis:

i) Kemahiran Mendengar

– Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

– Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

– Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

ii) Kemahiran Bertutur

– Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.

– Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.

– Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.

iii) Kemahiran Membaca

– Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

– Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

– Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

iv) Kemahiran Menulis

– Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

– Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

– Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Semakan Keputusan UPBMG 2023

Untuk membuat semakan keputusan ujian ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu https://www.mpm.edu.my.
  2. Kemudian, pergi ke bahagian Calon Peperiksaan > UPBMG > Semak Keputusan UPBMG.
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ujian ini, sila layari laman web https://www.mpm.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: