Penangguhan Balik Pelajar Tajaan JPA Bagi Tujuan Bekerja

Bagi pelajar tajaan JPA yang ingin membuat penangguhan balik atas sebab bekerja, kerajaan membuat keputusan untuk membenarkan penangguhan tersebut.

Berikut merupakan syarat dan cara untuk memohon penangguhan tersebut.

Mengenai Penangguhan Balik Pelajar Tajaan JPA

Untuk makluman, kerajaan bersetuju supaya pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan kepulangan ke Malaysia bagi tujuan bekerja di luar negara.

Keputusan ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar tajaan Kerajaan menimba pengalaman dan kemahiran pekerjaan di luar negara sebelum batik berkhidmat di dalam negara.

Mengikut perjanjian, pelajar tajaan JPA perlu pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajian mereka.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon penangguhan balik ini adalah seperti berikut:

  1. Kebenaran bekerja adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pelajar tahun akhir di peringkat ljazah Pertama dan tidak diberikan secara automatik.
  2. Tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara adalah tidak melebihi 3 tahun.
  3. Pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh penangguhan tersebut;
  4. Tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan di dalam perjanjian
  5. Bagi pelajar tajaan pinjaman, pelarasan bayaran balik nilai pinjaman berdasarkan sektor pekerjaan dalam negara hanya dibenarkan sekali sahaja setelah pelajar pulang ke Malaysia, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan boleh dibuat adalah mulai 15 Februari 2024.

Cara Memohon

Jika pelajar tajaan JPA yang berminat untuk memohon, permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://myself.jpa.gov.my.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penangguhan balik pelajar tajaan JPA bagi tujuan bekerja, sila layari laman web https://myself.jpa.gov.my/index.php atau laman web JPA iaitu https://www.jpa.gov.my/utama.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: