Semakan Keputusan Penajaan JPA 2023

Individu yang telah membuat permohonan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2023 boleh membuat semakan keputusan secara atas talian.

Semakan penajaan ini merangkumi:

  • Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2023
  • Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM) tahun 2023
  • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2023

Untuk itu, semakan keputusan penajaan boleh dibuat mulai 4 Ogos 2023 sehingga 7 Ogos 2023.

Perincian Penajaan JPA

i) Program Penajaan Nasional (PPN) 

PPN adalah penajaan yang ditawarkan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Penajaan ini ditawarkan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Pemohon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).

ii) Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM)

LPSM merupakan penajaan lepasan SPM untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Sama seperti PPN, penajaan LPSM juga adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

iii) Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Program Khas JKPJ merupakan penajaan kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Menerusi program khas ini, pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Cara Semakan Keputusan Penajaan JPA

Semakan keputusan penajaan tersebut boleh dibuat menerusi laman web http://esilav2.jpa.gov.my.

Tempoh Setuju Terima Tawaran

Bagi pemohon yang berjaya, tempoh setuju terima tawaran adalah bermula 4 Ogos sehingga 7 Ogos 2023 jam 12.00 tengah hari.

Jika tiada sebarang maklum balas dalam tempoh tersebut, pemohon dianggap menolak tawaran dan tawaran adalah terbatal dengan sendirinya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penajaan JPA 2023, sila kemukakan di telegram di pautan https://t.me/+CNG7PTXsTBowYTk1.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: