Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2023

Calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023, permohonan masih boleh dibuka bagi pendaftaran secara atas.

Untuk pengetahuan, calon persendirian bermaksud mereka yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM secara sendiri tanpa melalui sekolah atau institusi pendidikan yang lain.

Oleh sebab itu, pendaftaran bagi calon persendirian untuk tahun 2023 boleh dibuat sehingga 30 Jun 2023 secara atas talian.

Mata Pelajaran Yang Boleh Ditawarkan

Peperiksaan ini ditawarkan kepada semua mata pelajaran yang ditawarkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

Calon Persendirian yang pertama kali mendaftar untuk peperiksaan SPM hendaklah mendaftar 6 mata pelajaran teras iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains

Calon juga tidak dibenarkan mendaftar Sains sekiranya mendaftar mana-mana 2 mata
pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.

Calon Islam wajib mendaftar Pendidikan Islam dan calon tidak dibenarkan mendaftar Pendidikan Islam jika calon mendaftar kedua-dua mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM adalah seperti berikut:

  • Bayaran Asas: RM20.00
  • Bayaran Mata Pelajaran
    – 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
    – Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
    – Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Bayaran Calon Lewat: RM150.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  1. Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
  2. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
  3. Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di https://sppat.moe.gov.my.

Tatacara Permohonan Calon Persendirian SPM 2023

Tatacara permohonan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.

2. Klik Bahagian ‘Sistem pendaftaran peperiksaan untuk¬†Calon Persendirian (SPM dan SPMU)’ dan pilih peperiksaan yang dikehendaki.

3. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’

4. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’

5. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’

6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

7. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

8. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’

9. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’

10. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’

11. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran calon persendirian SPM 2023, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: