Tarikh & Jadual Ujian Amali Sains SPM 2023

Murid yang bakal mengambil Ujian Amali Sains SPM 2023 boleh membuat semakan jadual ujian yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).

Untuk pengetahuan umum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun (SPM) 2023 akan melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Untuk ujian ini, seramai 91,908 orang calon telah mendaftar bagi mata pelajaran Fizik, 93,135 orang calon bagi mata pelajaran Kimia, 72,841 orang calon bagi mata pelajaran Biologi dan 1,784 orang calon bagi mata pelajaran Sains Tambahan.

Tarikh Ujian Amali Sains SPM 2023

Tarikh ujian ini akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2023 melibatkan keempat-empat mata pelajaran berkenaan.

Jadual Waktu Ujian

KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi mendapatkan makiumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Berikut merupakan jadual sidang ujian amali Sains 2023:

i) Fizik Kertas 3

ii) Kimia Kertas 3

iii) Biologi Kertas 3

iv) Sains Tambahan Kertas 3

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan https://lp.moe.gov.my.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Para calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan pada hari peperiksaan.

Selain itu, calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2023.

Calon Tidak Dapat Hadir

Semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.

Para calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara.

No telefon bilik gerakan peperiksaan boleh dirujuk menerusi jadual di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Ujian Amali Sains SPM 2023, sila layari laman web https://lp.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: