MARiiCas: Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik

Bagi mereka yang ingin memiliki motosikal elektrik, kini anda boleh mendapatkan rebat bagi penggunaan motosikal elektrik menerusi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiiCas).

Berikut diterangkan tatacara permohonan untuk mendapatkan rebat menerusi skim ini.

Mengenai MARiiCas

MARiiCas merupakan salah satu skim rebat bagi tujuan pembelian atau langganan motosikal elektrik kepada rakyat Malaysia.

Skim ini diwujudkan bertujuan bagi menggalakkan rakyat untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Antara faedah orang ramai beralih kepada motosikal elektrik adalah seperti berikut:

  • Menjamin Kelestarian Alam
  • Kos Penyelenggaraan yang Rendah
  • Sifar Pelepasan Gas
  • Tidak Bergantung Pada Bahan Api Fosil
  • Pengurangan Kos Penggunaan Bahan Api

Jumlah Insentif Rebat

Jumlah insentif rebat yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik; atau
  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

Syarat Permohonan

Syarat untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Individu yang berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah.
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas.
  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.
  2. Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
  3. Pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.
  4. Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
  7. Pengguna akan menerima email pengesahan permohonan.
  8. Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:
    – Bagi yang bekerja: Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat atau borang EA atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    – Bagi yang bekerja sendiri: Muatnaik borang pengesahan pendapatan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    – Bagi pesara:
    a) Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    b) Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    – Bagi pelajar-
    a) Kad Pelajar.
    b) Muat turun borang pengesahan pelajar atau surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 @ B2).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MARiiCas, sila layari layari laman web https://insentif.marii.my/mariicas.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: