Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir & Jordan 2023/2024

Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Diploma Qiraat yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu di Mesir dan Jordan, permohonan bagi melanjutkan pengajian ke dua buah negara tersebut bagi sesi 2023/2024 akan dibuka mulai 15 Mei 2023.

Permohonan melanjutkan pengajian ini perlulah dibuat menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Sistem Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah secara atas talian.

Permohonan ini dibuka mulai 15 Mei 2023 dan akan ditutup pada 9 Jun 2023.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka yang berminat adalah seperti berikut:

i) Mesir

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Dakwah
  • Dirasat Islamiah
  • Syariah
  • Usuludin
  • Ulum Islamiah
  • Pengajian Qiraat

ii) Jordan

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Kejuruteraan
  • Senibina
  • Teknologi Maklumat
  • Ekonomi
  • Perbankan
  • Pengajian Islam
  • Bahasa Arab

Yuran Pengajian

Yuran pengajian yang akan dikenakan kepada para pelajar yang menyambung pengajian di Mesir adalah seperti berikut:

Bagi yuran pengajian di Jordan pula, perincian penuh yuran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Mesir adalah seperti berikut:

i) Pengajian Perubatan di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria/Universiti Mansoura

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; dan
  2. Mempunyai sijil matrikulasi atau asasi atau pra-universiti yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level.

ii) Pengajian Pergigian di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria dan Pengajian Farmasi di Universiti Alexandria/ Universiti Mansoura

  1. Mempunyai SPM dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan.

iii) Pengajian Bahasa Arab/Dakwah/Dirasat Islamiah/Syariah/Usuludin

  1. Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dan lulus Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.

iv) Pengajian Ulum Islamiah

  1. Lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran Sunnah dan lulus Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.

v) Pengajian Qiraat

  1. Mempunyai Sijil/ Diploma Qiraat yang diiktiraf kesetaraan oleh Al-Azhar seperti berikut dan lulus Imtihan Qabul (Ujian Penentuan Penguasaan Bahasa Arab):
    – Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
    – Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulau Chondong, Kelantan
    – Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan
    – Kolej Hafiz, Klang, Selangor

Bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Jordan pula, syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

i) Perubatan & Pergigian

  1. Mempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM; dan
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.

ii) Farmasi

  1. Mempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 85% bagi semua subjek SPM; dan
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.

iii) Kejuruteraan/Senibina/Teknologi Maklumat

  1. Mempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya gred B+ bagi subjek Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.

iv) Bidang Ekonomi/Perbankan/Pengajian Islam/Bahasa Arab

  1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (Agama/Dini/Tahfiz/Syahadah Ulya) di peringkat SPM.

Cara Memohon

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan boleh dibuat menerusi pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah setelah permohonan dibuka.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian ke Mesir dan Jordan bagi sesi 2023/2024, sila layari laman web https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: