Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2023

Pelajar daripada Negeri Pahang yang melanjutkan pengajian di lnstitusi-lnstitusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi sesi Mei 2023.

Yayasan Pahang merupakan yayasan yang ditubuhkan pada tahun 1983 yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Dalam bidang pendidikan, yayasan ini membantu anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian di IPTNS menerusi pinjaman pelajaran bagi mereka yang layak.

Bagi pelajar yang berminat mendapatkan pinjaman pendidikan ini, mereka boleh membuat permohonan bermula 15 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023 secara atas talian.

Kategori & Peringkat Pengajian

Kategori dan peringkat pengajian yang layak untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Program Kemahiran@Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS)@Pahang Skills
  2. Diploma@Politeknik
  3. Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana@Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)
  4. Diploma/Ijazah Sarjana Muda@Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
  5. Ijazah Sarjana Muda@20 IPTA
  6. Sarjana/Kedoktoran@20 IPTA

1. Program Kemahiran@KYPAS@Pahang Skills

Pelajar mestilah merupakan pelajar di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) atau Pahang Skills.

Pinjaman meliputi yuran pengajian dan sara hidup.

2. Diploma@Politeknik

Pelajar mestilah sedang mengikuti pengajian (semester 2 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja.

Kadar pinjaman yang ditawarkan bagi pelajar sepenuh masa adalah RM4,500 setahun.

3. Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana@UnIPSAS

Pelajar mestilah melanjutkan pengajian di peringkat Diploma/ljazah Sarjana Muda/Sarjana di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnlPSAS).

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 meliputi penajaan kos sara hidup sahaja bagi pelajar sepenuh masa dan bagi pelajar separuh masa pula, kadar pinjaman merangkumi yuran pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.

4. Diploma/Ijazah Sarjana Muda@UCYP

Pelajar mestilah sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma/ljazah Sarjana Muda di UCYP.

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 meliputi penajaan kos sara hidup sahaja bagi pelajar sepenuh masa.

5. Ijazah Sarjana Muda@20 IPTA

Pelajar mestilah menyambung pengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda di 20 IPTA berikut:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti TeknologiMalaysia (UTM)
  • UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • UniversitiSainsIslam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan NasionalMalaysia (UPNM)

Bldang-bidang selektlf & kritikal (tahun pertama) yang berikut adalah layak untuk membuat permohonan:

  • Farmasi
  • Kejuruteraan & Teknologi
  • Ekonomi& Kewangan Islam
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL
  • Pertanian dan lndustri Halal
  • Pelancongan & Warisan
  • Sains Data
  • Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)
  • Automasi & Robotik
  • E-Oagang
  • Pemasaran Digital

Untuk kategori ini, pelajar perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi/Asasi atau STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Kadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 bagi pelajar sepenuh masa meliputi penajaan kos sara hidup sahaja.

6. Sarjana/Kedoktoran@20 IPTA

Pelajar yang ingin memohon menerusi kategori ini perlulah merupakan pelajar Sarjana/Doktor Falsafah di 20 IPTA seperti yang disebutkan sebelum ini.

Pelajar mestilah memiliki kelulusan ljazah Sarjana Muda/Sarjana Kelas Kedua Tinggi atau dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas.

Untuk kategori ini, kadar pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000 meliputi penajaan kos sara hidup sahaja bagi pelajar sepenuh masa dan bagi pelajar separuh masa pula, kadar pinjaman merangkumi yuran pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.

Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Syarat kelayakan memohon yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Merupakan anak Negeri Pahang Darul Makmur dalam takrif berikut:
    – Pemohon atau ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
    – Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar pahang dan telah bermastautin lebih daripada 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
  2. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidal layak memohon.
  3. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti yang unggul.
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  5. Mendapat tempat atau tawaran daripada IPTNS mengikut kategori.

Tatacara Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://sispen.yp.org.my/.
  2. Klik bahagian “Permohonan Pinjaman” dan klik bahagian “Pendaftaran Pengguna Baru.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar.”
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Buat permohonan dengan lengkap.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: