Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Sesi 2 2023
Anak-anak Negeri Perak yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda dialu-alukan untuk memohon Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak sesi 2 2023.
Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak diwujudkan bagi membantu anak-anak Negeri Perak yang sedang menyambung pengajian di IPT daripada peringkat Diploma sehingga Ijazah Kedoktoran dari sedgi bantuan pinjaman pendidikan.
Objektif kemudahan ini ditawarkan adalah untuk memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPT yang ditaja dan menyumbang kepada modal insan dan ekonomi Negeri Perak.
Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 20 November 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Kadar Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak
Kadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pinjaman ini adalah mengikut peringkat pengajian:
- Diploma: RM5,000 setahun
- Ijazah Sarjana Muda dalam negara:
– Bidang Perubatan: RM 10,000 setahun
– Bidang Sains/Sastera/IT: RM6,500 setahun - Ijazah Sarjana Muda luar negara:
– Negara Asia: RM10,000
– Lain-Lain Negara: RM15,000 - Ijazah Sarjana (Master): RM10,000
- Ijazah Kedoktoran: RM15,000
Kadar Bayaran Balik
Kadar bayaran balik yang ditetapkan buat pemohon yang berjaya mendapatkan pinjaman pengajian ini adalah seperti berikut:
Jumlah Pinjaman | Ansuran Bulanan |
RM0-RM10,000 | RM150 |
RM10,001-RM20,000 | RM200 |
RM20,001-RM30,000 | RM250 |
RM30,001-RM40,000 | RM300 |
RM40,001-RM50,000 | RM350 |
RM50,001-RM60,000 | RM400 |
RM60,001-RM70,000 | RM450 |
RM70,001-RM80,000 | RM500 |
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak.
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.
- Status pemastautin perlu dikemukakan dan hendaklah disahkan oleh penghulu di daerah masing-masing.
- Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.
- Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki 3 semester atau 1 setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima.
- Keutamaan diberikan kepada Golongan B40.
- Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.
- Pemohon tidak boleh menerima apa-apa bentuk kewangan lain seperti biasiswa dan pinjaman daripada agensi lain.
- Maklumat yang diberikan pemohon hendaklah lengkap dan benar.
Selain itu, syarat-syarat tambahan bagi Ijazah Sarjana Muda Pengajian Luar Negara adalah seperti berikut:
- SPM: 7A ke atas
- STPM: CGPA 3.75 ke atas
- STAM: Jayyid Jiddan dan ke atas
- Diploma: CGPA 3.75 ke atas
Cara Memohon
Permohonan secara atas talian dengan melayari laman web https://studyfund.perak.gov.my.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak sesi 2 2023, sila hubungi di talian 05-2095000