Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Sekolah di Negeri Selangor yang mempunyai kerosakan infrastrutur kini boleh memohon Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor.

Tujuan utama Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor diwujudkan untuk membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di negeri tersebut.

Program bantuan ini diharap dapat menambah baik infrastruktur sekolah di Negeri Selangor dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di negeri tersebut dapat berjalan dengan baik.

Oleh itu, permohonan program bantuan ini telah dibuka mulai 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian.

Sekolah Layak Memohon

Sekolah di Negeri Selangor yang layak memohon program bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  • Sekolah Mubaligh
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
  • Sekolah Agama Rakyat (SAR)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

Tujuan Bantuan

Bantuan yang dipohon menerusi program bantuan ini mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:

  • Kantin
  • Surau
  • Kelas
  • Tandas
  • Bumbung Bocor
  • Dinding
  • Susur Gajah
  • Pagar Sekolah
  • Pintu Kelas, Tandas
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Bilik Guru
  • Perpustakaan
  • Longkang/Perparitan
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Bangunan Sekolah
  • Bangunan Asrama
  • Mengecat Bangunan Sekolah
  • Kerusi/Meja
  • Saluran Paip Air
  • Pendawaian Elektrik
  • Tingkap
  • Lain-lain

Tatacara Permohonan

Permohonan bantuan ini mestilah dibuat oleh pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Tatacara membuat permohonan boleh dilakukan dengan merujuk langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk penerangan dan maklumat lebih lanjut, sila layari laman web https://ssipr.selangor.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: