Permohonan Program Biasiswa Maxis 2023
Maxis telah membuka permohonan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda menerusi Program Biasiswa Maxis 2023.
Untuk makluman, Program Biasiswa Maxis menawarkan bantuan kewangan untuk yuran pengajian dan faedah lain, terutamanya yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup serta peluang latihan dan pekerjaan dengan syarikat tersebut selepas tamat pengajian.
Sejak diperkenalkan pada 2020, program biasiswa ini telah membiayai lebih 50 pelajar Malaysia di seluruh negara.
Keistimewaan Program Biasiswa Maxis
Antara keistimewaan yang bakal diperoleh penerima biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Bantuan kewangan sehingga RM40,000 setahun
- Peluang praktikal di Maxis
- Penempatan kerja terjamin di Maxis
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, berumur 23 tahun ke bawah.
- Telah mendapat kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf; atau
- Sedang mendaftar atau sedang menjalani tahun pertama pengajian sarjana muda.
- Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik secara lisan dan bertulis
- Mempunyai rekod prestasi akademik yang cemerlang.
- Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
- Kepimpinan yang kuat dan kemahiran interpersonal.
- Pendapatan isi rumah keluarga (ibu dan bapa) tidak melebihi RM20,000 sebulan.
- Tidak dibayai sebarang bantuan kewangan daripada organisasi dan/atau institusi lain pada masa ini.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:
- Layari laman web https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Lengkapkan permohonan secara online sehingga selesai.
Soalan Lazim
Biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran bagi Ijazah pertama mereka. Pemohon juga dikehendaki memiliki tawaran tanpa syarat untuk pengajian akademik mereka dari universiti terkemuka pada masa biasiswa diberikan.
Tidak, permohonan hanya terbuka kepada pelajar yang mengikuti tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka sahaja.
Tidak, permohonan hanya terbuka kepada mereka yang melanjutkan pelajaran di universiti tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Tempoh bon tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar tersebut.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Maxis, sila layari laman web https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/.