Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Darul Quran 24/25

Bagi individu yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Darul Quran, permohonan kemasukan bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM telah dibuka.

Berikut merupakan maklumat mengenai program ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Darul Quran

Untuk pengetahuan, Darul Quran merupakan Institut Pengajian al-Quran di Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penubuhan Darul Quran digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dengan penubuhan awal Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di Masjid Negara sebelum dinaik taraf menjadi Darul Quran dan mempunyai kampus tetap pada tahun 1997 di Kuala Kubu Bharu.

Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM merupakan program yang diwujudkan dengan kerjasama JAKIM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menerusi program ini, pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) atau setahun di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Lepasan program ini berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang professional di UIAM bagi melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan dibuka mulai 2 Mac sehingga 20 Mac 2024.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bumiputera (keturunan Melayu, orang asli semenanjung, anak negeri Sabah dan Sarawak).
  3. Tidak berkahwin.
  4. Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2023 dengan mendapat:
    – Minima Gred B+ bagi mata pelajaran Matematik.
    – Minima Gred B bagi semua mata pelajaran berikut:
    a) Bahasa Melayu
    b) Bahasa Arab/Al-Adab wa al-Balaghah/Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah/Turath  Bahasa Arab
    c) Bahasa Inggeris
    d) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/ Tasawwur Islam/Usuluddin/Turath al-Quran dan Sunnah/Al-Syariah/Manahij al-Ulum al-Islamiah/Turath Dirasat Islamiah/Maharat al-Quran/Manahij Ulum al-Islamiyah.
  5. Mendapat C+ daripada mana-mana 2 dalam mata pelajaran berikut:
    ALIRAN SAINS:
    a) Fizik
    b) Kimia
    c) Biologi
    d) Matematik Tambahan
    atau
    ALIRAN SASTERA:
    Mendapat gred B untuk mana-mana 2 mata pelajaran berikut:
    a) Sains;
    b) Sains Tambahan
    c) Prinsip Akaun
    d) Perniagaan
    e) Ekonomi
    f) Pengajian Keusahawanan.
  6. Pemohon perlulah memilih UIAM sebagai pilihan utama melalui UPUOnline (sebagai syarat prakelayakan).

Tatacara Memohon

Tatacara permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=718.
  2. Di bahagian pendaftaran pengguna baru, klik butang ‘Cipta Akaun Baru Anda.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar Pendaftaran Permohonan.’
  4. Masukkan ID pengguna dan program pensijilan dan klik butang login.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.
  6. Cetak borang permohonan dan sila bawa borang tersebut sekiranya dipanggil temu duga.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan ke Darul Quran bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM, sila hubungi Sekseyn Kemasukan, Biasiswa, dan Graduasi Darul Quran JAKIM di talian 03-6063 5323/5349/5351/5374.

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: