SAT: Pengambilan Pelajar Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023

Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon Program Sijil Asas Tahfiz (SAT).

SAT merupakan persijilan tahfiz yang ditawarkan kepada OKU Penglihatan, Muallaf, Orang Asli serta Pribumi Sabah dan Sarawak selama 12 bulan atau 2 semester.

Bagi persijilan ini, pelajar adalah diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 1-10 dalam tempoh pengajian di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Aqidah.

Pelajar yang berjaya mengikuti program Sijil Asas Tahfiz akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Darul Quran JAKIM sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum atau pada 13 Januari 2023.

Pemberian Biasiswa

Biasiswa akan diberikan kepada semua pelajar yang layak dan mendaftar pengajian di Darul Quran JAKIM.

Yuran Pengajian

Tiada yuran pengajian yang akan dikenakan dan yuran hanya dikenakan pada hari pendaftaran sahaja (tidak termasuk duit buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon program persijilan ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
  4. Lulus Peperiksaan SPM 2021/percubaan SPM 2022/SPM 2022 dengan mendapat minimum Gred C:
    – Bahasa Melayu
    – Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/ Usuluddin/Turath al-Quran dan Sunnah/Al-Syariah/Manahij al-Ulum al-Islamiah/Turath Dirasat Islamiah/Maharat al-Quran/Manahij Ulum al-Islamiyah.
  5. Tidak berkahwin.
  6. Boleh menulis jawi.
  7. Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
  8. Lulus temu duga.

Syarat Tambahan

Selain itu, terdapat juga beberapa syarat tambahan iaitu:

i) OKU Penglihatan

  1. Berkebolehan membaca al-Quran Braille dengan baik dan lancar.

ii) Muallaf, Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak

  1. Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.
  2. Keputusan pentaksiran tingkatan 4/5.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi panduan berikut:

  1. Layari pautan https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=667&fbclid=IwAR0TZbdfDezsI77xVp31gQsuIW0vAb5q5_lNlDBvW-8V_i_iMdhZvb1HWtI
  2. Muat turun borang permohonan di bahagian “Keterangan.”
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Hantar borang permohonan ke alamat berikut:

    Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi
    Darul Quran,
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
    Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan.

Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Darul Quran selepas 24 Februari 2023 adalah dianggap permohonan tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan SAT 2023, sila hubungi:

  • 012-2431803 (Ust. Zahrina binti Haron)
  • 010-8009013 (Us. Mohd Nazim bin Siham)
  • 019-4623437 (Us. Abdul Mukmin bin Shabuddin)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: