Program Sijil Khas Politeknik (OKU Masalah Pendengaran)

Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) (Masalah Pendengaran) kini berpeluang untuk menyambung pengajian persijilan menerusi Program Sijil Khas Politeknik.

Program Sijil Khas Politeknik diperkenalkan bagi memberi ruang kepada OKU yang mempunyai masalah pendengaran untuk menyambung pengajian bagi mendapatkan sijil kemahiran di Politeknik.

Terdapat 5 sijil yang ditawarkan menerusi program sijil khas ini kepada OKU yang mempunyai masalah pendengaran yang berminat.

Menariknya, kadar kebolehpasaran bagi graduan program sijil khas ini adalah sebanyak 91.8% pada tahun 2022.

Bagi yang berminat, permohonan telah dibuka sehingga Januari 2024.

Mengenai Politeknik

Politeknik merupakan salah satu institusi pendidikan pengajian tinggi yang berasaskan TVET yang mula ditubuhkan pada tahun 1969.

Penubuhan Politeknik di Malaysia adalah Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun tersebut.

Tujuan umum penubuhan Politeknik oleh kerajaan adalah bagi memenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di dalam negara.

Sehingga kini, Politeknik di Malaysia mempunyai 36 buah kampus di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai bidang kepada para pelajar.

Program Sijil Khas Yang Ditawarkan

Menerusi program ini, terdapat 5 persijilan yang ditawarkan iaitu:

ProgramPoliteknik
Sijil Khas PembinaanPoliteknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Sijil Khas Penyenggaraan MekanikalPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Sijil Khas Operasi Katering-Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor
– Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
– Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
Sijil Khas Reka Bentuk FesyenPoliteknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor
Sijil Khas Reka Bentuk GrafikPoliteknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini adalah 4 semester.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pemegang kad OKU (Masalah Pendengaran)
  3. Tamat pendidikan menengah (17 tahun ke atas)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan https://ambilan.mypolycc.edu.my.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Sijil Khas Politeknik, sila hubungi talian 03-88883010 atau melalui whatsapp di 019-8683738.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: