Kolej Kemahiran Johor: Permohonan Kursus Kemahiran SKM

Pelajar lepasan lepasan PT3 atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Johor bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Kolej Kemahiran Johor bermula semenjak pengambilan Pusat Latihan Kemahiran (PLK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) pada tahun 1997.

Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) adalah sebuah institusi latihan di bawah Kerajaan Negeri Johor yang bertanggungjawab mengurustadbir perlaksanaan aktiviti latihan kemahiran untuk 4 buah Kolej Komuniti YPJ yang terletak di negeri Johor.

Fungsi utama KPYPJ dan Kolej Komuniti YPJ ialah melaksanakan kursus kemahiran di peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan kemahiran belia lepasan sekolah sebagai persediaan merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.

Pada 4 Ogos 2015 dan 10 Julai 2017, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPYPJ bersetuju untuk menukar nama Kolej Komuniti YPJ kepada nama baru serta menggunapakai logo korporat yang baru.

Kursus Ditawarkan Di Kolej Kemahiran Johor

Terdapat 8 kursus yang ditawarkan di kolej ini iaitu:

  • Jahitan Pakaian
  • Pendawaian Elektrik + Wireman
  • Pembuatan Makanan
  • Pembuatan Pastri
  • Automotif
  • Pendawai Elektrik
  • Pengurusan Pejabat
  • Operasi Sistem Komputer

Syarat & Lokasi Pengajian

Syarat dan lokasi pengajian boleh dirujuk menerusi maklumat di bawah:

Cara Memohon

Permohonan untuk kemasukan ke kolej ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://forms.gle/SchAkGZWaw5uiW5v8.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat tersebut diisi.
  4. Hantar permohonan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kolej ini, sila layari laman web https://www.kkj.kpypj.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: