PSPM: Semak Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi KPM

Semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh dilakukan menerusi atas talian.

Untuk makluman, semakan tersebut boleh dilakukan menerusi sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Modul Aplikasi Murid Program Matrikulasi KPM.

Oleh itu, pelajar di Kolej Matrikulasi KPM boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka menerusi atas talian dengan cepat dan bila-bila masa sahaja.

Mengenai Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan sejak tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Matlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Jurusan di kolej ini merangkumi:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Cara Semakan Keputusan PSPM

Untuk membuat semakan PSPM, pelajar boleh menggunakan kaedah-kaedah semakan berikut:

i) Laman Web

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Pilih Semakan Peperiksaan
  3. Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan
  4. Muat turun slip keputusan peperiksaan.

ii) SMS

  1. Taip MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP 
  2. Hantar ke 15888.
  3. Keputusan peperiksaan dipaparkan.

Semak Semula Keputusan PSPM

Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan mereka boleh membuat semakan semula keputusan peperiksaan mereka.

Namun, mereka akan dikenakan kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula iaitu RM50.00 (tidak termasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang/ draf bank).

Untuk semester II & IV, permohonan semakan semula boleh dibuat mulai 7 hingga 20 Julai 2023.

Jika pelajar membuat permohonan selepas tarikh tersebut, permohonan tersebut tidak akan diproses.

Permohonan semakan semula boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Muat turun Borang Permohonan Semak Semula https://bit.ly/BorangSemakSemula
  2. Mengisi borang permohonan secara Online di pautan https://forms.gle/wFoRYU8TjB6NpV3V7 (Sila gunakan ID Acc DELIMa masing masing)
  3. Menghantar Borang Permohonan dan Wang Pos kepada BMKPM menggunakan alamat yang dinyatakan dalam panduan pemohonan semak semula.

Panduan dan borang permohonan semakan semula boleh dimuat turun menerusi file di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pengumuman-dan-kaedah-semakan-keputusan-pspm-kpm.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: