Takwim & Cuti Matrikulasi KPM 2023/2024

Pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi KPM boleh merujuk takwim untuk mengetahui cuti Matrikulasi KPM bagi sesi 2023/2024.

Program Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan sejak tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Matlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Jurusan Matrikulasi KPM

Bagi Program Matrikulasi KPM, terdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program iaitu:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Tarikh Lapor Diri Pelajar Baharu

Berdasarkan takwim terkini, tarikh melapor diri bagi pelajar pengambilan baru adalah:

  • Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)- 9 Julai 2023
  • Kumpulan B (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan dan Johor)- 10 Julai 2023

Tempoh Pengajian Di Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002.

Ini diikuti dengan pertambahan beberapa buah kolej baru yang beroperasi mulai tahun 2002, 2003 dan 2010 iaitu Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).

Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini.

Pada tahun 2008 pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera. Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal pada tahun 2009.

Ini bertepatan dengan matlamat Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengadakan lebih banyak pilihan kepada pelajar dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar lepasan SPM.

Tiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024

Kalendar akademik bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut:

i) Semester I

ii) Semester II

cuti matrikulasi takwim 2023 2024

Takwim Cuti Matrikulasi 2023/2024

Untuk cuti matrikulasi pula boleh dirujuk menerusi jadual berikut:

cuti matrikulasi

Catatan:

  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Hari Krismas : 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)

Muat Turun Takwim & Cuti Matrikulasi Sesi 2023/2024

Maklumat lanjut mengenai cuti Matrikulasi, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/muat-turun/takwim/takwim-matrikulasi/5150-kalendar-akademik-program-matrikulasi-kpm-sesi-2022-2023/file.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: