Tawaran Kemasukan Ke Program Asasi IIUM (Disember 2022)

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke Program Asasi International Islamic University Malaysia (IIUM) bagi sesi kemasukan Disember 2022.

IIUM ditubuhkan hasil cadangan yang telah dikemukankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 12 Januari 1982.

Universiti ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan penggunaan bahasa penghantar universiti adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Permohonan kemasukan boleh dibuat secara online mulai 5 Oktober 2022 sehingga 15 November 2022.

Lokasi Kampus

Lokasi kampus Pusat Asasi IIUM adalah seperti berikut:

CFS IIUM Gambang,
Paya Besar,
26300 Gambang,
Pahang Darul Makmur.

Bidang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:

  • Asasi Sains Fizikal.
  • Asasi Sains Hayat.
  • Asasi Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti.
  • Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa.
  • Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan.
  • Asasi Ilmu Pengetahuan berteraskan Wahyu dan Warisan Islam.
  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.

Bayaran Proses Permohonan

Bayaran bagi proses permohonan akan dikenakan sebanyak RM100.00.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://irayu.iium.edu.my/.
  2. Klik bahagian ‘New Application.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register Account.’
  4. Lengkapkan maklumat permohonan.
  5. Buat pembayaran untuk melengkapkan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Program Asasi IIUM sesi Disember 2022, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: