Semakan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 MRSM 2022
Buat pemohon yang telah memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022, semakan kemasukan boleh mula dibuat secara atas talian.
Untuk makluman, semakan kemasukan ini dibuka selepas pihak MARA membuka permohonan kemasukan ke MRSM kepada murid yang berminat pada 29 Ogos 2021 sehingga 5 Disember 2021 yang lalu.
Kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.
Oleh itu, ibu bapa atau murid yang ingin mengetahui status permohonan kemasukan mereka, mereka boleh membuat semakan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM mulai 9 Mac 2022.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web semakan kemasukan berikut:
– Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/
– Tingkatan 2: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/ - Masukkan no kad pengenalan tanpa ‘-‘
- Klik butang ‘Log Masuk.’
- Keputusan semakan dipaparkan.
Tindakan Bagi Status Berjaya
Bagi pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:
- Membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.
- Memuat turun dan mencetak surat tawaran, panduan pendaftaran MRSM, senarai semak dan lampiran Borang A, Borang Deklarasi COVID-19, Borang Maklumat Pelajar, dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.
- Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa hari pendaftaran.
- Membuat bayaran yuran pendaftaran bermula 19 Mac sehingga sebelum hari pendaftaran.
Permohonan Rayuan
Untuk permohonan rayuan, calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh membuat rayuan secara dalam talian.
Bagi hal ini, pemohon boleh membuat pertanyaan menerusi [email protected].
Calon yang mengemukakan rayuan akan menerima makluman keputusan rayuan menerusi SMS atau email yang didaftarkan.
Jika calon tidak menerima sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, permohonan rayuan dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan Tingkatan 1 dan 4 MRSM bagi tahun 2022, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-261 34533/34517/34516/34578/34494/39070/34545/34513/34511/34542/34528.