Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus 2024/2025

Pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025 boleh membuat semakan keputusan bermula 1 Mac 2024.

Permohonan ke sekolah ini adalah menerusi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan berikut adalah mengenai pentaksiran ini.

Mengenai PKSK

Untuk makluman, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Kategori Sekolah Khusus

5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Format PKSK

Format PKSK yang digunakan oleh KPM bagi kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektif
Cakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Wajaran Skor20%70%10%

Pelaksanaan PKSK

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.

Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Adalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka memasukan Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025 iaitu:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon telah mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
  • Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2024, murid Tahun 6 tahun 2023 mestilah:
    – Berumur 12 tahun; atau
    – Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
  • Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2024, murid Tingkatan 3 tahun 2022 mestilah:
    – Berumur 15 tahun; atau
    – Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009.

Status Permohonan

Status permohonan murid ke Sekolah Khusus untuk 2024/2025 adalah seperti di bawah:

Semakan Keputusan Kemasukan Sekolah Khusus 2024/2025

Pemohon yang ingin membuat semakan kemasukan ke Sekolah Khusus boleh memohon melalui pautan di bawah:

Untuk mengakses ke dalam sistem, masukkan nombor mykid/mykad pelajar beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses ke dalam sistem.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Sekolah Khusus 2024/2025, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: