Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru DG41 One-Off 2021

Pemohon yang telah memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 pada Tahun 2021, semakan keputusan temu duga pengambilan kini boleh dilakukan secara atas talian.

Untuk makluman, semakan keputusan temu duga ini dibuka selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah membuka permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 secara besar-besaran pada 7 Julai tahun lalu.

Pengambilan khas guru secara one-off ini akan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 18,702 orang yang akan mengisi 47 opsyen yang ditawarkan.

Oleh itu, pemohon boleh membuat semakan keputusan secara atas talian menerusi laman web SPP.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan keputusan temu duga, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Keputusan pengambilan dipaparkan.

Tindakan Calon

Calon yang berjaya dalam permohonan perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh 6 minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.

Pihak SPP hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.

PSTT perlulah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Kesilapan Alamat

Jika terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon perlu untuk menghantar email pemakluman kepada alamat [email protected].

Calon perlulah kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam email tersebut.

Pihak SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off bagi Tahun 2021, sila layari laman web SPP iaitu https://www.spp.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: