Skim Perubatan MADANI: Syarat & Cara Mendapatkannya

Kerajaan kini telah memperkenalkan satu skim perubatan kepada rakyat Malaysia kategori B40 iaitu Skim Perubatan MADANI.

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara percuma di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah skim perubatan ini.

Skim perubatan ini ditawarkan khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah skim ini.

Seramai lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya akan dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan selain meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah di seluruh negara.

Selain itu, skim perubatan ini juga memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Rawatan Pesakit Luar Kes Akut

Rawatan pesakit luar kes akut merangkumi:

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Namun, rawatan yang tidak termasuk dalam skim perubatan ini adalah seperti:

  • Imunisasi Rutin
  • Saringan Kesihatan
  • Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
  • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
  • Perancangan Keluarga Rutin
  • Perkhidmatan Rehabilitasi
  • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan Suplemen

Jumlah Kelayakan Manfaat

Terdapat 3 kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim perubatan ini iaitu (sehingga Disember 2023.) : 

  • Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  • Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  • Bujang – RM75 

Fasa Rintis

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah seperti di:

  • Johor Bahru 
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Klang
  • Petaling
  • Hulu Langat 
  • Gombak
  • Kinta
  • Timur Laut Pulau Pinang
  • Kuching 
  • Kota Kinabalu 

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon skim perubatan ini adalah seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  2. Kelayakan adalah secara automatik.
  3. Mereka yang layak wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Cara Mendapatkan Skim Perubatan MADANI

Untuk mendapatkan skim perubatan ini, sila ikuti langlah-langkah berikut:

  1. Semak kelayakan di laman web https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/?_gl=1pwgbna_gaMjA4MzIzODg1LjE2ODY5MTY5OTc._ga_KTH6FDS791MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA.._ga_Q1F031GQTW*MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA..&_ga=2.202300180.447283225.1686916997-208323885.1686916997
  2. Kemudian, hadir ke mana-mana klinik yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI dengan membawa kad pengenalan. Klik yang berdaftar boleh dirujuk menerusi link https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics?_gl=1f2px6y_gaMjA4MzIzODg1LjE2ODY5MTY5OTc._ga_KTH6FDS791MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA.._ga_Q1F031GQTW*MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA..&_ga=2.227588248.447283225.1686916997-208323885.1686916997.
  3. Jika anda layak, individu boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
  4. Had manfaat skim perubatan ini akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan.

Soalan Lazim

Apakah objektif skim perubatan ini diperkenalkan?

Objektif skim perubatan ini adalah: 
– Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja. 
– Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP).

Siapakah yang layak menerima skim perubatan ini?

Penerima skim perubatan ini adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.

Mengapa skim ini hanya layak kepada kumpulan B40?

Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat rawatan primer akut, skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Bagaimanakah untuk menyemak baki had manfaat kelayakan?

Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

Info Lanjut

Untuk mengetahui info lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI, sila layari laman web https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: