Skim Agihan Zakat Mahasiswa Luar Negara LZNK 2022/2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan kepada mahasiswa daripada Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian di Mesir, Jordan, dan Maghribi bagi sesi pengajian 2022/2023 untuk memohon Skim Agihan Zakat Mahasiswa Luar Negara.

Skim Agihan Zakat Mahasiswa Luar Negara ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan bagi sesi pengajian tahun 2022/2023.

Skim ini juga menggunakan peruntukan daripada asnaf fisabilillah yang diuruskan oleh Divisyen Pendidikan Zakat Kedah mengikut hukum syarak.

Permohonan skim agihan zakat ini dibuka sehingga 31 Disember 2023.

Kadar Agihan Zakat

Kadar agihan zakat bagi mahasiswa yang layak adalah mengikut tahap keputusan peperiksaan:

Mesir MaghribiJordan
MumtazRM 10,000.00RM 10,000.00RM 15,000.00
Jayyid JiddanRM 8,000.00RM 8,000.00RM 12,000.00
JayyidRM 6,000.00RM 6,000.00RM 9,000.00
MaqbulRM 3,000.00RM 6,000.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon skim agihan ini adalah seperti berikut:

i) Mesir

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap dinegeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
  5. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    – Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar).
    – Salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
    – Surat akuan belajar sesi 2023 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    – Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2022/2023) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    – Salinan akaun bank pemohon.
    – Surat akuan menetap dan tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar).

2) Maghribi

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap dinegeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah layak untuk memohon.
  5. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
  6. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    – Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar).
    – Salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
    – Surat akuan belajar Sesi 2023 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis Persatuan Pelajar.
    – Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2022/2023) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis Persatuan Pelajar.
    – Salinan akaun bank pemohon.
    – Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan atau Majlis persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar).

3) Jordan

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama sahaja.
  5. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian
  6. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    – Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar).
    – Salinan kad pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
    – Surat akuan belajar sesi 2023 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajar.
    – Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2022/2023) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajar.
    – Salinan akaun bank pemohon.
    – Surat akuan menetap dan tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web www.zakatkedah.com.my.
  2. Pilih menu Aplikasi Atas Talian.
  3. Pilih Skim Agihan Siswa Melanjutkan Pengajian Luar Negara.
  4. Pilih Negara.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Zakat Mahasiswa Luar Negara LZNK 2022/2023, layari laman web https://www.zakatkedah.com.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: