Tawaran Agihan Zakat Pengajian Timur Tengah LZNK 2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa kepada pelajar lepasan SPM dan STAM yang telah menerima Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah bagi Tahun 2023 untuk mengisi permohonan Agihan Zakat Pengajian Timur Tengah 2023.

Agihan Zakat Pengajian Timur Tengah merupakan agihan zakat oleh pihak LZNK yang bertujuan untuk membantu pelajar daripada Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Oleh itu, pelajar lepasan SPM dan STAM daripada Negeri Kedah yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah adalah dialu-alukan memohon.

Tarikh tutup permohonan agihan zakat ini adalah pada 10 Ogos 2023.

Agihan LZNK Pengajian Timur Tengah

Agihan LZNK kepada pelajar baru Pengajian Timur Tengah sesi 2023 meliputi:

  • Agihan Awal IPT Luar Negara
  • Agihan Kos Tiket Penerbangan (Diuruskan oleh LZNK)
  • Program Persediaan Ke Timur Tengah
  • Agihan Siswa Timur Tengah (Tahunan) 

Negara Pengajian

Pemohon yang layak untuk memohon mestilah menyambung pengajian di negara-negara berikut:

  • Mesir
  • Jordan
  • Maghribi

Syarat Kelayakan Agihan Zakat Pengajian Timur Tengah

Syarat kelayakan bagi agihan zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pengajian IPT Timur Tengah bagi tahun 2023.
  4. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui tatacara berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/AgihanTimurTengah2023.
  2. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik

Dokumen yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Surat/Slip Tawaran Melanjutkan Pengajian (Yang Dikeluarkan Oleh KPT)
  3. Resit bayaran kepada mana-mana pihak agensi yang menguruskan pelajar
  4. Slip Keputusan Markaz Lughah (Mesir Sahaja)
  5. Salinan kad pengenalan Ayah
  6. Salinan kad pengenalan Ibu

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai agihan zakat ini, sila layari https://bit.ly/AgihanTimurTengah2023.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: