Permohonan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK 2023/2024

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakkan untuk memohon Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK 2023/2024 bagi pelajar yang melanjutkan pengajian Dalam Negara.

Untuk makluman, LZNK merupakan institusi yang menguruskan zakat di Negeri Kedah yang telah ditubuhkan pada 5 September 1936.

Institusi ini aktif dalam menyalurkan zakat kepada para asnaf selain turut menawarkan biasiswa pendidkan kepada mereka yang berkelayakan.

Bagi permohonan biasiswa pendidikan ini, calon perlu membuat permohonan sebelum 31 November 2023.

Bidang Pengajian Layak Memohon Biasiswa

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan
    – Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf dengannya.
  • Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi
    – Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf denganya.
  • Pengajian Islam/Sains Sosial
    – Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 keatas atau sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi lepasan STAM.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon biasiswa pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Islam
  2. Sedang menetap di Negeri sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Berumur dibawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
  4. Pelajar tahun pertama pengajian sahaja.
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak.
  6. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web di alamat https://www.zakatkedah.com.my/.
  2. Terus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : https://biasiswa.zakatkedah.com.my
  3. Daftar ID Pengguna di portal biasiswa tersebut.
  4. Log masuk di portal tersebut.
  5. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Bagi pemohon yang layak, mereka akan melalui proses tapisan sebelum ditemuduga untuk proses seterusnya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740 atau ke alamat berikut:

Lembaga Zakat Negeri Kedah,
Aras 3, Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Untuk info lanjut, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: