1 Murid 1 Sukan: Dasar Tingkat Penglibatan Murid Aktiviti Sukan

1 Murid 1 Sukan merupakan dasar yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini diwujudkan bagi menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

Pengenalan dasar ini adalah untuk memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Matlamat 1 Murid 1 Sukan

Untuk jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Dalam masa yang sama, dasar ini diwujudkan untuk:

  • Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
  • Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
  • Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Kaedah Pelaksanaan

Pelaksanaan dasar ini adalah untuk sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.

Senarai sukan/permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

i) Program Sukan Umum – sepanjang tahun

  • Latihan Rumah Sukan
  • Merentas desa
  • Sukan / permainan
  • Balapan dan padang
  • Pertandingan Merentas Desa*
  • Sukantara
  • Kejohanan Balapan dan Padang

ii) Kelab Sukan dan Permainan – sepanjang tahun

  • 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
  • 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah
  • Latihan pelbagai permainan dan Modified Games

iii) Pertandingan Dalaman – sepanjang tahun

  • Pertandingan antara rumah sukan
  • Pertandingan antara tingkatan / kelas
  • Pertandingan antara dorm di asrama

iv) Pertandingan Lain

  • Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
  • Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
  • Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
  • Pertandingan Peringkat Antarabangsa

v) Aktiviti Sukan Lain

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai dasar ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/dasarmenu/1-murid-1-sukan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: