Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA Tingkatan 1 2023

Murid tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023 yang berminat boleh memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA bagi pengambilan tahun 2023.

Untuk makluman, Asrama Semai Bakti FELDA diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar.

Asrama ini juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang sistematik dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.

Bagi murid yang berminat, permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022 secara online.

Lokasi Asrama

Terdapat 3 lokasi asrama ini di seluruh negara iaitu:

  • Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur
  • Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru 
  • Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang

Syarat Utama

Syarat utama untuk memasuki asrama ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) yang meliputi mata pelajaran berikut:
    – Matematik
    – Sains
    – Bahasa Inggeris
    – Sains dan Keperibadian
  2. Pemohon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini dari sekolah masing-masing.
  3. Terbuka kepada generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.
  4. Pemohon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

Syarat Tambahan

Selain itu, terdapat syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:

  1. Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
  2. Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.

Cara Memohon

Untuk memohon kemasukan ke asrama ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://asbfeldaonline.com/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Isi makumat di setiap bahagian berikut:
    – Maklumat Pemohon (Murid)
    – Maklumat Peribadi Waris
    – Pilihan lokasi asrama
    – Maklumat Ko-Kokurikulun
    – Pilihan Pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)
    – Borang pengesahan warga FELDA
  4. Klik butang ‘Sumbit’ setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke asrama ini, sila layari laman web https://asbfeldaonline.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: