Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2025

Untuk makluman, sukacita dimaklumkan permohonanan penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan 2025 dibuka semula kepada calon-calon yang layak dan berpotensi.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai biasiswa ini.
Mengenai Biasiswa Kursi Tok Nan 2025
Biasiswa ini merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada anak Sarawak di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merangkumi yuran pengajian, yuran kolej kediaman, elaun buku dan wang saku
Bagi mereka yang layak, penawaran biasiswa akan diberikan selama 6 Semester untuk program Bacelor.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 29 Mei 2025 sehingga 11 Jun 2025.
Program Pengajian
Program pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Anak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak).
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia.
- Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang minimum PNGK 3.500 ke atas.
- Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara layak memohon.
- Pelajar yang (pinjaman/biasiswa) telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
- Pelajar yang telah/pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan didalam pengajian Pensijilan atau Diploma, tidak layak memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang permohonan di pautan https://btu.upm.edu.my/upload/dokumen/20240129080521BORANG_BIASISWA_KURSI_TOK_NAN_2024.pdf.
Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan serahan hendaklah dikemukakan secara tangan ke Pejabat Am Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), UPMKB.
Hanya pemohon di senarai tapis untuk temuduga sahaja akan dihubungi.
Jika permohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup, maka permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurul Haziqah binti Hasan di talian 086-855613 atau emel [email protected].
Baca juga: SIRAJ: Permohonan Tahun 1 Sekolah Integrasi Agama JAWI 2026