Permohonan HLP Separa Biasiswa (SB) PPPT KPT 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) KPT.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai hadiah latihan ini.
Mengenai HLP Separa Biasiswa
HLP Separa Biasiswa ditawarkan kepada PPPT di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Tawaran ini dibuka khusus bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam skim perkhidmatan PPPT Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja.
Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 18 September 2025 sehingga 18 Oktober 2025.
Syarat Khusus
Pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:
- Pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan.
- Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5).
- Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
- Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2025 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional; atau
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional dengan syarat masih mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 3 semester pada September 2025.
- Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan.
- Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain.
- Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
- Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
- Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik ke dalam sistem permohonan. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.
Permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai HLP Separa Biasiswa PPPT KPT, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.