Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2025/2026

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan membuka permohonan bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama (SRA JAWI) bagi tahun 2025/2026.

Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara untuk memohon.

Mengenai SRA JAWI

Sekolah Rendah Agama JAWI merupakan institusi pendidikan di bawah JAWI yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah bermula daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Murid-murid yang bersekolah di sekolah SRA JAWI ini kemudiannya akan mengikuti Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi melengkapkan persekolahan mereka di sekolah tersebut.

Oleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke SRA JAWI boleh dibuat mulai 22 April 2024 sehingga 22 Mei 2024 secara atas talian.

Syarat Kemasukan SRA JAWI

Syarat untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah ini di seluruh Wilayah Persekutuan boleh dirujuk melalui pautan https://www.jawi.gov.my/index.php/component/institution/items.

Tatacara Permohonan

Untuk membuat permohonan, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu http://tiny.cc/PMDSRA2025.
  2. Isi maklumat permohonan yang ditetapkan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Setelah semua maklumat diisi, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan Sekolah Rendah Agama JAWI Tahun 1 sesi 2025/2026, sila layari laman web https://www.jawi.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: