Inapan Kasih Sayang: Permohonan Kemasukan 2024

Pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka permohonan kemasukan baharu untuk Inapan Kasih Sayang bagi pelajar 2024.

Inapan Kasih Sayang merupakan sebuah asrama untuk anak-anak asnaf seluruh Pulau Pinang yang dibiayai sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang yang menempatkan anak-anak berumur 10 hingga 12 tahun.

Asrama ini ditubuhkan bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui pembiayaan yuran dan bantuan pakaian seragam sekolah, kemudahan kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, bilik komputer dan sebagainya.

Asrama ini mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada pelajar-pelajar darjah 4, 5, dan 6 dengan pengambilan pertama seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki. 

Permohonan kemasukan ke asrama ini boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan borang permohonan tersebut perlu dihantar sebelum 3 November 2023.

Lokasi Asrama Inapan Kasih Sayang

Lokasi asrama ini terletak di tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang beralamat di Lot 4188, Mukim 8, Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Bangunan asrama ini disumbangkan oleh Inai Kiara Sdn. Bhd. dan diserahkan kepada Pusat Urus Zakat pada tahun 2011.

Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memasuki asrama ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang.
  2. Pendapatan waris bermula di bawah RM1,800.00 sebulan dengan dua orang tanggungan bersekolah.
  3. Pelajar Tahun 3 dan 4 Sesi 2023 di Sekolah Kebangsaan.
  4. Menguasai kemahiran membaca, menulis, mengeja dan mengira dengan baik.
  5. Memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3, bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua mata pelajaran.
  6. Sihat tubuh badan dan mental.
  7. Berkemampuan untuk mengurus diri sendiri dengan baik.

Cara Memohon

Borang Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Inapan Kasih Sayang untuk tahun 2023 boleh dimuat turun di laman web Zakat Pulau Pinang melalui pautan https://zakatpenang.com/inapan-kasih-sayang/.

Borang yang lengkap boleh dihantar terus ke alamat berikut:

Inapan Kasih Sayang
Lot 4188 Mukim 8,
Pongsu Seribu,
13200 Kepala Batas, S.P.U.
Pulau Pinang.

Dokuman Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti:

  1. Sijil lahir pelajar
  2. Bukti Pendapatan (slip gaji/penyata pendapatan/surat akuan/pengesahan pendapatan waris).
  3. Surat cerai/sijil kematian ibu bapa (jika berkenaan)
  4. Salinan Slip Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Inapan Kasih Sayang, sila hubungi 04-575 0490 atau 011-4091 9549.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: