Akademi Laut Malaysia (ALAM): Kursus & Syarat Permohonan

Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan sebuah institusi maritim yang ditubuhkan pada 1977 dan menawarkan pembelajaran lengkap bagi kursus maritim.

Menerusi pembelajaran di ALAM, pelajar bakal mengikuti latihan untuk menjadi seorang pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal dagang.

ALAM adalah berbeza dengan Tentera Laut Diraja Malaysia yang mana ALAM melatih pelajar untuk menjadi pelayar profesional yang belayar di atas kapal dagang manakala Tentera Laut Diraja Malaysia melatih calon mereka untuk bekerja di atas kapal tentera laut bagi berkhidmat dan melindungi negara.

Tawaran pengajian di ALAM tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja kerana sejak tahun 2006, ALAM telah membuka permohonan bagi wanita untuk menyertai institusi tersebut.

Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat dua kursus utama yang ditawarkan di ALAM iaitu:

  • Diploma Pengajian Nautika
  • Diploma Kejuruteraan Marin

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian yang akan dilalui pelajar adalah selama 3 tahun dan 4 bulan untuk kedua-dua kursus tersebut.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan untuk pemohon yang ingin memasuki institusi ini adalah seperti berikut:

i) Diploma Pengajian Nautika

  1. Berumur 15 hingga 25 tahun dan belum berkahwin.
  2. Lulus SPM/SPMV/O-Level atau setara dengannya dengan keputusan sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek berikut- Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, 1 subjek Sains dan 1 subjek yang lain.
  3. Mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris yang baik sama ada penulisan atau percakapan.
  4. Mestilah mempunyai kesihatan dan fizikal yang sihat.
  5. Mempunyai penglihatan yang baik (ketajaman penglihatan 6/6) dan tidak buta warna.
  6. Untuk pemohon lelaki, minimum ketinggian adalah 158 cm dan berat 48 kg (BMI 18.5-24.9).
  7. Untuk pemohon perempuan, minimum ketinggian adalah 155 cm dan berat 42 kg (BMI 18.5-24.9).

ii) Diploma Kejuruteraan Marin

  1. Berumur 15 hingga 25 tahun dan belum berkahwin.
  2. Lulus SPM/SPMV/O-Level atau setara dengannya dengan keputusan sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek berikut- Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, 1 subjek Sains dan 1 subjek yang lain.
  3. Mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris yang baik sama ada penulisan atau percakapan.
  4. Mestilah mempunyai kesihatan dan fizikal yang sihat.
  5. Mempunyai penglihatan yang baik (jika menggunakan cermin mata, kuasa tidak melebihi 200) dan tidak buta warna.
  6. Untuk pemohon lelaki, minimum ketinggian adalah 158 cm dan berat 48 kg (BMI 18.5-24.9).
  7. Untuk pemohon perempuan, minimum ketinggian adalah 155 cm dan berat 42 kg (BMI 18.5-24.9).

Proses Kemasukan

Setelah pemohon membuat permohonan, pemohon dikehendaki untuk menduduki peperiksaan berikut:

  • Ujian rabun warna
  • Ujian bertulis dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik
  • Ujian psikometrik
  • Temuduga Berstruktur

Setelah melalui proses temu duga dan pemeriksaan kesihatan, pemohon akan Program Induksi/Orientasi di ALAM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai ALAM, sila layari laman web https://www.alam.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: