PSLK MAINS: Permohonan Program Pelatih Skim Latihan Singkat

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian di IPT Timur Tengah dan tempatan sesi 2020/2021 dan 2022 untuk menyertai Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS (PSLK MAINS).

Menerusi program ini, graduan akan menjalani latihan di MAINS mengikut jenis latihan yang ditetapkan selama 12 bulan.

Graduan yang berminat boleh membuat permohonan secara online mulai 2 Ogos 2022 iaitu pada hari Selasa sehingga 15 Ogos 2022 pada hari Isnin.

Tempoh & Kemudahan

Graduan yang layak untuk menyertai program ini akan menjalani latihan secara kontrak selama 12 bulan di MAINS.

Mereka akan menikmati beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti:

  • Bayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.
  • Caruman KWSP dan PERKSEO.
  • Tuntutan kerja lebih masa, elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan.

Jenis Latihan

Jenis latihan yang ditawarkan menerusi PSLK MAINS adalah seperti berikut:

  • Zakat
  • Wakaf
  • Kaunseling
  • Ekonomi
  • Kewangan
  • Ukur Bahan
  • Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Khidmat Pelanggan
  • Teknologi Maklumat
  • Multimedia
  • Media Baharu
  • Korporat
  • Pengurus Mal (Harta Orang Awam)

Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Berkemahiran menggunakan komputer.
  5. Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan bagi graduan yang berminat boleh diikuti menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut iaitu https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/
  2. Klik bahagian “Program Pelatih Skim Latihan Khas MAINS 3.0” dan klik “Klik Di Sini Untuk Memohon.”
  3. Klik bahagian “Daftar Baru.”
  4. Lengkapkan maklumat dan klik “Sign Up.”
  5. Isi no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Lengkapkan permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PSLK MAINS, sila layari laman web MAINS di pautan https://www.mains.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: