Kemasukan Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) Ting 4 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan Tiga (3) bagi tahun 2022 untuk memohon program yang ditawarkan bagi ambilan 2023 Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab.

Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan Program Ulul Albab yang menawarkan pengajian turath bagi murid-murid aliran sains tulen pada peringkat menengah atas.

Matlamat penawaran pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah sebagai nilai tambah kepada pengenalan asas pengajian turath disamping penguasaan hafazan 30 juzuk bagi murid-murid aliran sains tulen.

Pelaksanaan al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan usaha KPM untuk memberi peluang kepada murid-murid cemerlang menggabung jalin ilmu agama dan ilmu sains secara holistik yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu ‘Aqli) bagi melahirkan generasi ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang mengikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.

Lokasi Pengajian

Lokasi pengajian adalah di:

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut,
Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz,
Yayasan Terengganu Besut & Kota Putra,
22200 Besut Terengganu.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agamaNegeri (PBAN).
  3. Pemilihan permohonan akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).
  4. Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran mencapai Tahap Penguasaan 5 (TP5) termasuk mata pelajaran:
    – Bahasa Melayu
    – Matematik
    – Sains
    – Pendidikan Islam/Usul al-Din/ al- Syariah
    – Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah
  5. Pemohon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web https://ytklik.terengganu.gov.my mulai 19 Januari 2023 (Khamis).

Temu Duga Kemasukan

Pemohon akan melalui proses temu duga terpilih dengan bidang yang akan diuji dalam ujian temu duga adalah seperti berikut:
– Bahasa Arab
– Hafazan Al-Quran
– Pengetahuan Am.

Semakan berkaitan temu duga adalah seperti maklumat yang berikut:

  • Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my
  • Pemohon yang berjaya dalam temu duga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temu duga melalui laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my.

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman web terbabit mulai 1 Mac 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/iklan-pengambilan-murid-al-syahadah-al-ulya-ulul-albab-tingkatan-empat-4-ambilan-tahun-2023.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: