AMal: Permohonan Program Asrama Malaysia Tingkatan 1 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kemasukan Program Asrama Malaysia (AMal) bagi tahun 2024 mulai 2 Januari 2024.

Berikut diterangkan mengenai Program Asrama Malaysia dan cara memohon.

Mengenai Program Asrama Malaysia

Program Asrama Malaysia atau AMal merupakan program yang menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum.

Penubuhan program ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2009.

Ciri-ciri program adalah merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan memahami budaya masyarakat-masyarakat di Malaysia.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan mulai 2 Januari 2024 sehingga 2 Februari 2024.

Dasar Pengambilan Murid

Dasar pengambilan murid menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Pengambilan Murid Asrama Malaysia terbuka kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).
  • Permohonan Asrama Malaysia ke Tingkatan 1 terbuka kepada murid Tahun 6 dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.
  • Jawatankuasa Pemilihan Murid Asrama Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan murid. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Lokasi Sekolah

Lokasi sekolah yang melaksanakan program ini adalah seperti berikut:

  • Victoria Institution, Kuala Lumpur
  • SMK(P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
  • Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
  • Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti:

  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Terbuka kepada semua kaum.
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.
  4. Sekiranya murid keluar dari Program Asrama Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan mengeluarkan murid tersebut daripada sekolah Asrama Malaysia sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program Asrama Malaysia KPM.

Tatacara Permohonan

Permohonan perlu dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1oW4rFncSRpylRE-2h1I3d-l5Yv65TCRa/view.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja ke alamat:

    Asrama Malaysia Kuala Lumpur,
    Victoria Institution
    Jalan Hang Tuah, 55200
    Kuala Lumpur.

    Asrama Malaysia Johor,
    SMK(P) Sultan Ibrahim
    Jalan Bendahara, 80100
    Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

    Asrama Malaysia Sabah,
    Maktab Sabah
    Peti Surat 10548,
    88806 Kota Kinabalu, Sabah.

    Asrama Malaysia Sarawak,
    Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang
    Jalan Bunga Tanjung 2, Tanjong
    Lobang, 98000 Miri, Sarawak.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

  1. Sijil lahir/Kad Pengenalan permohonan dan ibu bapa.
  2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2023 bagi permohonan ke Tingkatan 1.
  3. Sijil-sijil Akademik, Kokurikulum dan sijil-sijil lain.
  4. Slip Gaji/Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga, atau pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
  5. Dokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan).
  6. Dokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Asrama Malaysia, sila layari pautan https://drive.google.com/file/d/1oW4rFncSRpylRE-2h1I3d-l5Yv65TCRa/view

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: