Permohonan Anugerah Kecemerlangan Tun Dr. Siti Hasmah

Graduan yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana boleh membuat permohonan untuk mendapat Anugerah Kecemerlangan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Anugerah Kecemerlangan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali merupakan anugerah yang ditawarkan oleh Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (PSWM) kepada calon-calon
Ijazah Sarjana yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama sebelum ini bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran.

Tujuan utama anugerah ini diperkenalkan adalah untuk mengiktiraf graduan Ijazah Sarjana
Muda Kelas Pertama yang telah menunjukkan kecemerlangan akademik dan kepimpinan.

Bagi mereka yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2023.

Jumlah Anugerah Kecemerlangan Tun Dr. Siti Hasmah

Bagi mereka yang layak dan terpilih menerima anugerah ini, mereka akan diberikan anugerah sehingga RM50,000.00 dan anugerah tersebut hanya dihadkan kepada pembayaran yuran pengajian/‘tuition fees’ sahaja.

Tempoh Pengajian

Tempoh maksimum yang dibenarkan bagi penerima anugerah ini adalah selama 18 bulan sahaja.

Kriteria Kelayakan

Terdapat 3 kriteria kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegaraan Malaysia.
  2. Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda dari IPTA/IPTS yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan MQA.
  3. Menamatkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda tidak melebihi dari 2 tahun semasa memohon.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada semua calon Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dan disertai dengan surat penerimaan untuk pengajian Ijazah Sarjana dari IPTA/IPTS berkenaan.
  2. Menunjukkan ciri ciri kepimpinan yang menyerlah dan kebolehan kerja berpasukan yang positif dengan ahli pasukan.
  3. Mempamerkan nilai peribadi yang terkemuka dalam aktiviti berkaitan khidmat komuniti, sukan atau kesenian.
  4. Menunjukkan bukti nyata calon berupaya untuk cemerlang selepas tamat pengajian.
  5. Setiap permohonan perlu disahkan oleh Penyelia sebelum dihantar kepada Lembaga Pengarah PSWM di alamat email [email protected]

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan anugerah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://aasd.um.edu.my/scholarships-undergraduate?fbclid=IwAR29RNsM5q7MOA2dCRg8ceH6peB_WqMqeiTTn0euZsLCJeSMga7K3XTJRnY.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen dan borang permohonan ke alamat email [email protected].

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Surat sokongan daripadaa IPTA/IPTS
  2. Kenyataan peribadi yang kukuh untuk melaksanakan Ijazah Sarjana.
  3. Surat penerimaan untuk pengajian Sarjana dan transkrip Ijazah Sarjana Muda.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan Anugerah Kecemerlangan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan proses permohonan, sila kemukakan melalui email ke alamat [email protected].


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: