APIMS: Semak Indeks Pencemaran Udara Malaysia

Portal APIMS atau Air Pollutant Index Management System boleh digunakan oleh orang ramai bagi mengetahui Indeks Pencemaran Udara yang berlaku di seluruh negara.

Pengiraan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ini berdasarkan system Pollution Standard Index (PSI) yang diterimapakai di peringkat antarabangsa oleh United States Environmental Protection Agency (USEPA).

Hasil pengiraan tersebut akan dipaparkan di dalam portal APIMS yang dikemaskini setiap 1 jam pada setiap hari.

Portal APIMS

Portal ini memaparkan IPU di seluruh negara meliputi yang dikemaskini setiap jam dan bacaannya diambil di setiap negeri.

Pengiraan dibuat berdasarkan petunjuk status kualiti udara seperti dalam gambar di bawah:

Orang ramai boleh mengakses portal ini di pautan https://apims.doe.gov.my/home.html.

Situasi Jerebu Di Malaysia

Sehingga kini, beberapa kawasan di Malaysia telah mencatatkan IPU tidak sihat akibat berlakunya jerebu di Malaysia.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, menyatakan jerebu yang melanda ketika ini berpunca dari negara luar berdasarkan data diperoleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagi sektor pendidikan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pula memaklumkan tiada aktiviti luar bilik darjah akan dijalankan jika IPU di kawasan tersebut melebihi 100.

JAS pula memaklumkan sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200.

Oleh itu, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU, sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan.

Kesan Kepada Kesihatan

Jerebu boleh mendatangkan kesan kepada kesihatan seperti:

Nasihat Semasa Jerebu

Beberapa nasihat semasa jerebu yang boleh dijadikan panduan:

  • Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
  • Padamkan kebakaran kecil atau laporkan ke talian 999.
  • Dapatkan rawatan di hospital/klinik (pesakit asthma, sakit mata, batuk, selesema & sakit jantung) jika bertambah buruk.
  • Gunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di luar sepanjang masa.
  • Sejauh yang boleh, tinggal di dalam rumah/bangunan dan elakkan berada di luar.
  • Kurangkan aktiviti luar/riadah/ bersukan yang agresif.
  • Minum banyak air.
  • Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan.

Info Selanjutnya

Info selanjutnya mengenai APIMS, layari laman web https://apims.doe.gov.my/home.html.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: