Tarikh & Waktu Wukuf Malaysia 2023

Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma, salah satu waktu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam adalah waktu wukuf di Arafah.

Ini kerana waktu wukuf di Arafah merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa oleh umat Islam.

Ini berpandukan kepada hadis daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..” (Hadis diriwayatkan oleh Malik).

Mengenai Wukuf

Wukuf ialah rukun haji yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai daripada tergelincirnya matahari iaitu pada waktu zuhur pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Amalan ini dilakukan bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam A.S dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas disebabkan mengingkari perintah Allah akibat terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka berdua dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, iaitu di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah. 

Maka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.

Namun, bagi mereka yang tidak mengerjakan haji pula, mereka juga digalakkan berdoa pada waktu tersebut.

Tarikh & Waktu Wukuf di Malaysia

Tarikh wukuf di Padang Arafah bagi tahun 2023 adalah pada 27 Jun 2023.

Tarikh tersebut jatuh pada hari Selasa dan ianya adalah waktu mustajab untuk berdoa pada waktu tersebut.

Waktu wukuf pula bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari (waktu Arab Saudi) iaitu sekitar jam 5.30 petang (waktu Malaysia).

Doa Pilihan

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan ketika waktu wukuf pada Hari Arafah.

Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W berdasarkan hadis adalah seperti berikut:

“Sebaik-baik doa adalah doa di Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير” (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-nya, milik-nya kekuasaan dan milik-nya segala pujian, dan dia maha berkuasa atas segala sesuatu. (Hadis Riwayat Al-Tirmizi).

Terdapat juga doa yang dikeluarkan oleh Tabung Haji Malaysia iaitu:

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/6-kelebihan-hari-arafah-9-zulhijah-pintu-langit-dibuka-dosa-diampun-rebut-pahala-dengan-amalan-terbaik-ini/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: