Kajian Tindakan: Peningkatan Profesionalisme Guru Sekolah

Untuk mengingkatkan profesionalisme guru di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan guru melaksanakan pembudayaan Kajian Tindakan.

Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja.

Ini dapat membantu guru mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri.

Tujuan Kajian Tindakan

Kajian ini dilaksanakan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan memperbaiki situasi di mana pengajaran dijalankan.

Ini kerana semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran secara langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidikan tindakan melalui semua fasa iaitu merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.

Budaya penyelidikan amat perlu diterap dan diberi penekanan dalam kalangan guru di sekolah kerana ianya amat bertepatan dengan tugas guru sebagai pendidik yang sekali gus berperanan sebagai agen perubahaan.

Sehubungan dengan itu, setiap permasalahan, kekangan atau kerumitan yang berlaku pada peringkat sekolah sewajarnya dapat diselesaikan secara bijaksana oleh warga pendidik di sekolah.

Ciri-Ciri Kajian Tindakan

Ciri-ciri kajian ini adalah seperti berikut:

  1. Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam konteks mata pelajaran dan kelas yang mereka ajar.
  2. Dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentuk kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self-critical) dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka; menggunakan tindakan praktis bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan pengetahuan secara serentak.
  3. Pengkaji terlibat secara langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut.
  4. Banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri.
  5. Dilakukan secara sistematik dan ‘rigorous’; dan
  6. Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

Proses Pelaksanaan

Kajin ini boleh dijalankan menerusi langkah-langkah berikut:

  • Guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani;
  • Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya; dan
  • Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Kemudian, refleksi dilakukan bertujuan seperti berikut:

  • Memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran.
  • Memahami mengapa masalah tersebut wujud.
  • Memahami bentuk masalah yang timbul.
  • Mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelengu pengajaran dan pembelajaran tersebut.
  • Memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu.

Muat Turun Manual Kajian Tindakan

Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kajian ini, para guru boleh memuat turun manual yang disediakan seperti di bawah:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: