ASB 2023: Dividen & Cara Membuat Semakan

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan ASB 2023.

ASB ialah pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan konsisten dan kompetitif, dengan risiko yang minimum.

Ianya dilancarkan pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif.

Dividen ASB 2023

DIviden ASB pada tahun 2023 adalah sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Selain itu, pulangan ASNB harga tetap pada tahun ini adalah naik berbanding 2022:

  • ASB2 : 5.00%, naik 0.70% berbanding 4.30%.
  • ASB3 : 5.00%, naik 0.75% berbanding 4.25%.
  • ASM : 4.50%, naik 0.50% berbanding 4.00%.
  • ASM2 : 4.50%, naik 0.75% berbanding 3.75%.
  • ASM3 : 4.50%, naik 0.75% berbanding 3.75%.

Penangguhan Urus Niaga ASB

ASNB mengumumkan urus niaga ASB akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Urus niaga ASB akan dibuka semula menerusi myASNB, platform digital dan kiosk pada 1 Januari 2024 manakala saluran lain akan dibuka semula pada 3 Januari 2024.

Cara Kira Dividen ASB

Untuk mengira dividen ASB, sila ikut formula pengiraan di bawah:

Semakan Dividen 

Untuk membuat semakan dividen di dalam akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.myasnb.com.my.
  2. Log masuk ke laman web tersebut.
  3. Klik menu ‘akaun saya.’
  4. Jumlah baki akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai dividen ASB 2023, sila layari laman web https://www.asnb.com.my/pdf/media/berita/2023/ASB/Kenyataan%20Akhbar%20-%20Agihan%20Pendapatan%20ASB.pdf?fbclid=IwAR34YN3Hiwyp64aVNnO3KA3sI7BTFIIA_w3w3C8vMMbQ2FEANawIwcWbTiU.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: