Resensi Buku: Contoh & Cara Membuat Ulasan Buku

Resensi buku ialah aktiviti meneliti karya dalam bentuk cerita yang terkandung dalam buku, novel atau cerpen yang dibaca.

Perkataan resensi berasal daripada perkataan “recensie” (Belanda) yang bermaksud membincangkan dan menilai.

Matlamat utama perkara ini dilakukan adalah untuk mengulas atau menilai secara kritikal terhadap kualiti sesebuah buku.

Ini bermana sesebuah akan diulas dari aspek kebaikan dan keburukan sesebuah buku secara bertulis.

Tujuan Resensi Buku

Tujuan utama resensi sesebuah buku dilaksanakan adalah:

  • Membantu orang ramai yang tidak berkesempatan membaca buku yang sedang dibaca.
  • Mengetahui kelemahan dan kekuatan buku yang dibaca.
  • Mengetahui latar belakang dan sebab buku itu diterbitkan.
  • Mengetahui perbandingan buku oleh pengarang lain yang menerbitkan tajuk atau jenis buku yang hampir sama.
  • Bagi penulis buku, maklumat resensi amat berguna untuk penerbitan buku pada masa akan datang.

Kandungan Resensi

Antara perkara-perkara yang perlu ada dalam sesebuah resensi yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Tajuk resensi – Tajuk tersebut mestilah menggambarkan isi resensi yang dibuat secara umum.
  2. Identiti buku – Lazimnya meliputi tajuk buku, nama pengarang, tahun terbit dan tahun cetak, muka surat, nombor edisi buku, penerbit, harga buku, dan ukuran buku.
  3. Isi Kandungan Buku – Belatar belakangkan sinopsis dari buku yang diresensi. Sinopsis ditulis ang menggambarkan keseluruhan penceritaan di dala buku tersebut.
  4. Biografi Penulis – Biografi penulis mestilah mempunyai latar belakang, keahlian, dan karya-karya terdahulunya. 
  5. Kelebihan dan Kekurangan Buku – Kelebihan dan kekurangan buku tersebut beserta ulasan dan pendapat terhadap isi buku tersebut. 
  6. Kesimpulan – Kesimpulan dari keseluruhan pendapat mengenai buku dan juga kritikan yang diberikan. 

Manfaat Resensi Sesebuah Buku

Antara manfaat yang bakal diperoleh bagi meresensi sesebuah buku adalah:

  • Menajamkan pemikiran kita untuk terus berkembang.
  • Memahami secara mendalam kandungan buku yang dibaca.
  • Memperoleh pengalaman dan pengetahuan baharu daripada banyak buku yang telah disemak
  • Perbincangan mengenai ilmu yang akan berkembang dan menjadi lebih ramai serta besar.

Contoh Resensi

Bagi mereka yang berminat, antara contoh resensi yang telah ditulis sebelum ini adalah seperti di bawah:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: