Bantuan Awal Persekolahan Negeri Sembilan MAINS 2024

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa ibu bapa di Negeri Sembilan untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS bagi sesi persekolahan tahun 2023.

Berikut diterangkan menganai bantuan ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Bantuan Awal Persekolahan MAINS

Untuk pengetahuan, Bantuan Awal Persekolahan MAINS diberikan kepada ibu bapa yang layak dan mempunyai anak-anak yang bersekolah iaitu daripada peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini dilaksanakan bagi membantu ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah untuk melakukan persiapan bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula pada tahun 2024.

Oleh itu, permohonan bantuan awal ini boleh dibuat mulai 1 Januari hingga 30 April 2024.

Kategori Persekolahan

Pemberian bantuan awal ini diberikan kepada 3 kategori persekolahan iaitu:

  • Peringkat pra sekolah: Murid yang berumur 6 tahun sahaja.
  • Peringkat sekolah rendah: Murid yang berumur tahun 1 sehingga tahun 6 sahaja.
  • Peringkat sekolah menengah: Murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 sahaja.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon bantuan awal ini perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah beragama Islam.
  3. Telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan
  4. Terbuka kepada golongan B40 atau keluarga berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4300 (pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang masih bersekolah).

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan http://www.mains.gov.my/agihan/.

Bagi yang belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan dilakukan menerusi portal tersebut.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan MyKid/MyKad/sijil kelahiran tanggungan.
  3. Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata akaun bank/pengesahan akaun bank (sekiranya muflis, lampirkan salinan akaun pasangan atau anak)
  5. Salinan Slip Gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika bekerja).
  6. Borang pengesahan pihak sekolah (muat turun di http://www.mains.gov.my/)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini, sila hantar email ke [email protected] atau layari https://mains.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: