ePemula: Daftar & Tebus Kredit e-Wallet RM150 (Mulai 11 April 2022)

Para belia kini boleh membuat permohonan dan penebusan kredit e-wallet berjumlah RM150 menerusi inisiatif ePemula seperti yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 mulai 11 April

Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan pada 29 Oktober 2021, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan ePemula yang merupakan insentif e-wallet yang diberikan kepada para belia sebanyak RM150.

Pelaksaan inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta yang bakal memberikan manfaat sekitar 2 juta belia di seluruh negara.

Tempoh pendaftaran dan penebusan boleh dibuat mulai 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit e-wallet tersebut boleh digunakan sehingga 10 Jun 2022.

Untuk makluman, program ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk belia yang layak menerima inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004); atau
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar. Data belia akan disemak silang di IPT tempatan.

Penyedia e-Wallet

Sebanyak 4 penyedia perkhidmatan e-Wallet yang akan terlibat dalam inisiatif ini iaitu:

  • Touch n Go eWallet
  • GrabPay
  • Shopee Pay
  • BigPay

Cara Memohon

Permohonan ePemula ini,permohonan perlu dibuat menerusi syarikat penyedia perkhidmatan e-Wallet seperti berikut:

i) Touch n Go eWallet

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet.
  2. Klik banner RM150 ePemula.
  3. Klik kotak bersetuju terma dan syarat serta klik butang ‘Tuntut Sekarang.’
  4. Sahkan butiran maklumat dan klik butang bersetuju serta klik butang ‘Teruskan.’
  5. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’

ii) GrabPay

  1. Buka aplikasi GrabPay.
  2. Klik bahagian ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula.’
  3. Buat butang ‘Apply.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’

iii) Shopee Pay

  1. Buka aplikasi Shopee.
  2. Klik bahagian ‘Claim ePemula RM150.’
  3. Klik butang ‘Clain Now’ dan klik butang ‘Claim Now’ sekali lagi.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’

iv) BigPay

  1. Buka aplikasi BigPay.
  2. Klik bahagian ‘Claim ePemula RM150.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ePemula, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/ms/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: