Biasiswa Untuk Diploma Politeknik Yayasan Kuok 2024

Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di politenik seluruh negara dan memerlukan biasiswa adalah dialu-alukan untuk memohon Biasiswa untuk Diploma Politeknik 2024 di bawah Yayasan Kuok.

Berikut merupakan maklumat mengenai biasiswa ini dan cara memohon.

Mengenai Biasiswa Untuk Diploma

Biasiswa untuk Diploma merupakan salah satu biasiswa yang diperkenalkan di bawah Yayasan Kuok.

Untuk makluman, Yayasan Kuok adalah sebuah yayasan yang bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1970 oleh Keluarga Kuok di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965.

Yayasan ini ditubuhkan dengan tanggungawab sosial untuk berkongsi kekayaan dengan mengurangkan kemiskinan dan jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia.

Salah satu inisiatif bagi mengurangkan kemiskinan dan jurang ekonomi adalah dengan membantu pelajar di politeknik menerusi pemberian biasiswa.

Justeru, pemohon yang beminat boleh membuat permohonan bermula 5 Februari 2024 sehingga 26 Februari 2024.

Jumlah Biasiswa Yang Ditawarkan

Jumlah biasiswa yang ditawarkan untuk Diploma Politeknik di bawah Yayasan Kuok ini adalah sebanyak RM9,000 setahun.

Syarat Permohonan Biasiswa Untuk Diploma

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian bagi mana-mana mata pelajaran berikut iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus dipohon/diikuti atau;
  3. Gred purata sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas dalam keputusan terbaharu di politeknik.
  4. Pemohon hendaklah merupakan pelajar miskin sahaja.
  5. Pemohon mestilah tidak memegang apa-apa biasiswa daripada organisasi lain seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://apply.kuokfoundation.org/vw_awards_available_list.php.
  2. Klik butang ‘Apply’ dan kemudiannya klik bahagian ‘Register.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Buat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan sebelum 4 Mac ke alamat berikut:

    Kuok Foundation Berhad,
    Peti Surat No. 110, Tingkat 16 Menara UBN,
    No. 10, Jalan P. Ramlee,
    50250 Kuala Lumpur

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan:

  1. Salinan sijil SPM.
  2. Salinan sijil berhenti sekolah.
  3. Keputusan politeknik atau surat kemasukan ke politeknik.
  4. Salinan kad pengelan dan sijil lahir.
  5. Salinan kad pengenalan atau sijil kematian ibu bapa (jika meninggal dunia).
  6. Salinan kad OKU (jika berkaitan).
  7. Bukti pendapatan ibu bapa:
    – Borang B/BE, atau EA 2 tahun lepas yang lengkap.
    – Slip gaji selama 3 bulan terakhir
    – Dokumen pendapatan yang lain
    – Penyata pencen terbaharu
    – Lain-lain bantuan kewangan seperti baitulmal, SOCSO dan sebagainya.
  8. Penyata KWSP ibu bapa terbaharu.
  9. Sijil kelahiran adik beradik.
  10. Bil elektrik selama 2 bulan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Dermasiswa untuk Diploma Politeknik 2024 di bawah Yayasan Kuok, sila layari laman web https://kuokfoundation.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: