Bantuan Kemasukan Ke IPTA @ IPTS Yayasan Sejahtera Kulai

Yayasan Sejahtera Kulai telah membuka permohonan bagi pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) dan memerlukan bantuan untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke IPTA @ IPTS.

Untuk makluman, Yayasan Sejahtera Kulai ialah yayasan yang berpusat di Kulai, Johor yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin Md Shukor iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Bantuan Kemasukan ke IPTA @ IPTS ini adalah khas untuk mereka yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.

Untuk mereka yang berminat, permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 14 September 2022 iaitu hari Rabu jam 3.00 petang.

Penerima Bantuan

Penerima bantuan ini adalah terhad kepada:

  • 30 orang penerima Diploma
  • 30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan ‘one-off’ yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Program Diploma: RM300.00
  • Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00

Syarat Umum

Syarat umum untuk pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  3. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
  4. Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
  5. Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.
  6. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.
  7. Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
  8. Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
  9. Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  10. Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  11. Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  12. Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
  13. Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
  14. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view?fbclid=IwAR2dPJ37tVVk4tGt4F0bDIUtqdagZCWC8Pg4dMHsa25y9KmPR8IXFg6HX1g.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

    Yayasan Sejahtera Kulai,
    No 156 A, Jalan Susur Kulai 3,
    81000 Kulai,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah.
  3. Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah.
  4. Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.
  6. Salinan Kad OKU (jika berkenaan).
  7. Salinan Rekod Kesihatan / Temujanji Hospital (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA @ IPTS, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: