bantuan-pendaftaran-ypg

Permohonan Bantuan Pendaftaran IPTA/S YPG 2022 One-Off RM300

Bagi pelajar yang berasal dari Pasir Gudang yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajiaan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Yayasan Pasir Gudang (YPG) menawarkan permohonan Bantuan Pendaftaran Institut Pengajiaan Tinggi Awam dan Swasta YPG 2022.

YPG merupakan yayasan yang telah ditubuhkan pada 03 Oktober 2013 dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) dan ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan di kawasan Pasir Gudang.

Setiap dana yang diterima oleh YPG akan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan mengikut kelompok atau kluster yang telah ditetapkan seperti pendidikan, kebajikan, keceriaan dan kesejahteran, kesihatan, dan ekonomi.

Bagi kluster pendidikan, bantuan pendaftaran ini diberikan bagi meringankan keluarga dan pelajar di Pasir Gudang yang telah melanjutkan pengajian di IPTA/S yang terlibat.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan menerusi Bantuan Pendaftaran Institut Pengajiaan Tinggi Awam dan Swasta YPG 2022 adalah RM300 secara one-off.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan kad pengenalan mertilah beralamat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
  2. Permohonan adalah bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pertama sepenuh masa.
  3. Permohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  4. Tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/S 2022.
  5. Pendapatan isi rumah atau keluarga pemohon tidak melebihi RM 4,000.00.

Cara Memohon

Permohonan bagi bantuan pendaftaran ini boleh dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu:

i) Permohonan secara online

  1. Layari laman web https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/?fbclid=IwAR0wGIhpztOhCDMT0AzQ_whOozFTdIoNiV0A6ybdqMZdN8g4eONa6IARKJw.
  2. Klik butang ‘Saya Mohon.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran.

ii) Permohonan melalui borang

  1. Muat turun borang permohonan melalui pautan https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021.pdf?fbclid=IwAR1JjTjMVU5yDU8tDg3TiW_5YZOG5iGlDQ_MaD603-NUB9yx5cpL5HWU-0g.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat:

    Yayasan Pasir Gudang
    D/A Aras 2, Menara Aqabah,
    Jalan Bandar,
    81700 Pasir Gudang,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik atau dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa.
  2. Slip gaji ketua isi rumah.
  3. Surat tawaran kemasukan IPTA/S.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendaftaran Institut Pengajiaan Tinggi Awam dan Swasta YPG 2022, sila hubungi YPG di talian 019-3298714 atau 014-6904745.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top