Permohonan Bantuan Kewangan Ke IPT 2022 Negeri Sembilan

bantuan-kewangan-ke-ipt

Pelajar anak Negeri Sembilan yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka permohonan bagi Bantuan Kewangan Ke IPT 2022.

Untuk makluman, Bantuan Kewangan Ke IPT 2022 diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu pelajar IPT anak Negeri Sembilan yang mendaftar ke tahun pertama di peringkat pengajian tinggi secara one-off.

Dengan bantuan kewangan ini, ini secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga pelajar khususnya mereka yang tergolong dalam kategori B40.

Oleh itu, permohonan bantuan kewangan ini boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar N9.Digital digital atau laman web https//www.n9.digital.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Peringkat Sijil/Matrikulasi: RM 500.00
  • Peringkat Diploma: RM 750.00
  • Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000.00

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 secara online melalui aplikasi atau portal N9 Digital dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

Cara Memohon

Pelajar boleh memohon bantuan kewangan ini menerusi portal N9.Digital yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Untuk makluman, portal N9.Digital ini dibangunkan untuk memudahkan orang ramai untuk memohon bantuan dan insentif daripada Kerajaan Negeri.

Oleh itu, langkah-langkah untuk memohon Bantuan Kewangan Ke Institut Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.n9.digital/ atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.accuratio.n9digital&fbclid=IwAR0_fdJXdKB65oZs3AzGDaLps8Ih1d8of0lQk02xwoVWjeRnG-cgnfjL8PM atau Apple App Store https://apps.apple.com/my/app/n9-digital/id1512768213.
  2. Isikan maklumat pada bahagian ‘Daftar Untuk Memohon’ dan klik butang ‘Hantar.’
  3. Anda akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.
  4. Kemudian, muat naik gambar peribadi anda.
  5. Selepas itu, isi maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.
  6. Apabila selesai, anda akan dipaparkan dengan bahagian ‘Bantuan Kewangan ke Institut Pengajian Tinggi.’
  7. Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang ‘Hantar.’
  8. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  9. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik sebelum menghantar permohonan iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan ibu atau penjaga.
  2. Salinan kad pengenalan bapa atau penjaga.
  3. Salinan Sijil Kematian atau Perceraian (jika berkenaan).
  4. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu atau penjaga.
  5. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan bapa atau penjaga.
  6. Salinan surat tawaran ke IPT.
  7. Salinan surat pengesahan pendaftaran atau bayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.
  8. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.
  9. Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan disahkan oleh Pengurus FELDA.

Untuk Borang Pengesahan Pendapatan boleh dimuat turun melalui link https://www.ns.gov.my/images/contents/Borang/PEJ_MB/Borang-Pengesahan-Pendapatan.pdf

Bagi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA pula boleh dimuat turun melalui link https://www.ns.gov.my/images/contents/Borang/PEJ_MB/BORANG-PENGESAHAN-KELAYAKAN-BANTUAN-PENDIDIKAN-FELDA.pdf

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila hubungi 06-7659936/31 atau 06-7659784/85.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post
semakan-pusat-pksk

Semakan Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2022

Next Post
biasiswa-ensure

Permohonan Biasiswa Ensure: UiTM Endowment Scholarship

Related Posts