Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran Anak Asnaf & Fisabilillah MAINS

Anak-anak asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Fisabilillah yang melanjutjan pengajian tinggi atau sijil kemahiran boleh memohon Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran daripada pihak MAINS.

Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran ini diberi kepada anak-anak asnaf MAINS dan Fisabilillah yang menyambung pengajian mereka untuk pengajian tinggi atau sijil kemahiran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara.

Oleh itu, pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan segera menerusi borang permohonan yang disediakan oleh pihak MAINS.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Anak-anak asnaf MAINS

  1. Ibu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin yang berdaftar dengan MAINS.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Menerima tawaran pengajian tinggi/sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta; atau
  4. Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta.

ii) Fisabilillah

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir/menetap di Negeri Sembilan/bermastautin/menetap di Negeri Sembilan tidak kurang dari 1 tahun.
  4. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  5. Menerima tawaran pengajian tinggi/sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta; atau
  6. Sedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.mains.gov.my/v2/images/borang/borangpelajaran2022.pdf?fbclid=IwAR1XgwnucWd2xNL7LhMEv0CdDcG-30PdpwlbrSbL0mnjcthNiFUGOXkSmvc.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen lampiran.
  4. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

    Menara MAINS,
    Jalan Taman Bunga,
    70100 Seremban Negeri Sembilan.

Dokumen Lampiran

Dokumen lampiran yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/penjaga.
  3. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan tanggungan pemohon.
  4. Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian jika berkaitan.
  5. Salinan Bil Air/Alektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.
  6. Salinan Surat Pengesahan belajar terkini dari IPTA/IPTS berkaitan
  7. Salinan Buku Akaun/penyata akaun bank (milik pemohon yang aktif).
  8. Salinan Slip Gaji terkini/pengesahan Pendapatan (pemohon/ibu bapa).

Semua salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran ini, sila layari laman web https://www.mains.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: