Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM)

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM).

Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar.

Menerusi biasiswa ini, ianya diharap dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.

Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 8 September 2023 pada hari Jumaat sehingga 29 September 2023 iaitu pada hari Jumaat.

Kadar Penajaan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM)

Kadar penajaan yang ditawarkan bagi biasiswa ini adalah sebanyak RM3,000 setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    – Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
    – Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
  2. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
  3. Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2022 dengan memperolehi keputusan 4A atau 3A (A/A-).
  4. Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40.
    – B40 – Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
    – M40 – Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851 sehingga RM10,970/bulan.
  5. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  6. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Biasiswa.’
  3. Klik bahagian ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar’
  5. Log masuk sistem tersebut.
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Surat beranak.
  3. Slip gaji pemohon dan ibu bapa.

Semua dokumen tersebut perlu dibuat palang dengan menulis “Untuk Kegunaan YP Sahaja” sebelum dimuatnaik agar tidak disalahgunakan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM), sila hubungi:

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
(Puan Zakiah ([email protected])/Puan Noorasziana ([email protected])

Layari laman web https://www.yp.org.my/ untuk info lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: