Iltizam Anak Istimewa Selangor: Bantuan Khas ANIS 2024

Anak Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor berpeluang untuk mendapat bantuan khas daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Iltizam Anak Istimewa Selangor Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2024.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Khas ANIS

Untuk makluman, ANIS atau singkatannya Anak Istimewa Selangor ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Program-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

Antara program yang dilaksanakan di bawah ANIS ialah Bantuan Khas ANIS dan Bantuan Didik ANIS.

Bantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.

Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.

Tarikh permohonan dibuka bermula 17 Mei sehingga 31 Mei 2024.

Kategori Bantuan Yang Ditawarkan

Bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kategori A: RM1,000
    – Pendidikan merangkumi sesi terapi dan kelas khas
  • Kategori B: RM1,200
    – Ubat-ubatan merangkumi makanan tambahan dan keperluan khas
  • Kategori C: Bawah RM5,000
    – Peralatan dan perubatan (pembedahan)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah pengundi Negeri Selangor.
  3. Anak hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa).
  4. Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  5. Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973.

Kaedah Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:

  1. Daftar melalui laman web https://www.anisselangor.com/bantuananis.
  2. Cetak borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan secara fizikal di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau Pejabat Khidmat Masyarakat.
  3. Semak status permohonan di https://www.anisselangor.com/bantuananis.
  4. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga).
  2. Salinan Sijil Kelahiran Anak.
  3. Sijil perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  4. Salinan Kad OKU (jika ada) atau Surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar Perubatan Keluarga (jika tidak mempunyai kad OKU)
  5. Dokumen sokongan mengikut kategori bantuan permohonan:
    – Kategori A:
    a) Surat tawaran atau pengesahan belajar di pusat terapi.
    b) Sebut harga sesi pengajian/terapi di pusat terapi.
    c) Penyata akaun bank pusat terapi.
    – Kategori B:
    a) Salinan surat preskripsi doktor berkenaan peralatan/barangan/ubatan yang dipohon (beserta spesifikasi khusus sekiranya ada).

Maklumat Lanjut Bantuan Khas ANIS

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas ANIS 2024, sila layari laman web ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: